Polis Kelengkapan Tarikh

1.Tidak ada unsur-unsur pengejekan kepada Sahabat Nabi

2.Silalah komen pada Tajuk-tajuk yang dipost...

3.Jangan Risau!segla yang anda komen akan dibalas...

4.Satu Topik yang nampak tak lengkap pasti akan ada update..

5.Semua Topik ORIGINAL daripada Mohd Adam Iman..

6.Jikalau Topik ini salah pada pandangan anda sila betulkan jangan cakap je...

*Sekian terima Kasih kerana datang ke BLOG saya...KELENGKAPAN TARIKH NABI MUHAMMAD S.A.W

Jumaat, 29 Januari 2010

Sirah Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawwal 540 Masehi,Tahun Gajah.Namanya sebenar ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Abdul Manaf telah di angkat menjadi rasulullah ketika berumur 40 tahun...wahyu yang pertama turun di gua Hira.
wahyu itu berbunyi:

"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.

Dia mencipta manusia dari segumpal darah

bacalah dengan nama tuhan mu yang maha pemurah

Surah Al-Alaq Ayat 1-3

Nabi s.a.w mempunyai keturunan sebelah moyangnya Nabi Ibrahim a.s.Nabi Ibrahim berkahwin dengan siti hajar dan melahirkan Nabi Ismail.Keturunan nabi Ismail dinamakan Bani Jurhum.Tetapi bani jurhum dipinggirkan.Bani khuzaah berkuasa di makkah.Lalu lahirlah Qusai bin kilab datuk nabi.dia yang paling banyak menguasai jawatan dan kunci-kunci di mekah

Antaranya,Jawatan Al-Hijabah(pemegang kunci kaabah)

Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kota Mekah adalah sebanyak sepuluh jawatan.Jawatan itu seperti berikut:-

1.Jawatan Al-Hijabah (Pemegang Kunci Kaabah)

2.Jawatan Al-Siqayah (Pemberi minum air kepada jemaah haji)

3.Jawatan Al-Rifadah (pengurus makanan kepada jemaah haji)

4.Jawatan Nadwah (Menguruskan balai pertemuan tempat mengadakan mesyuarat)

5.Jawatan Al-Liwa' (Menguruskan bendera perang)

6.Jawatan Al-Qiyadah ( menjadi panglima atau pemimpin sesuatu angkatan perang)

7.Jawatan Musyawarah (mengendalikan mesyuarat)

8.jawatan Al-Kubah ( membantu angkatan perang)

9.Jawatan Al-Hukumah ( Kementerian Pentadbiran mekah)

10.Jawatan Sifarah ( perwakilan )

Kesemua inilah jawatan-jawatan yang ada dimekah.Qusai bin kilab ada 3 orang anak.Pertama:-

1.Abdul Dar
2.Abdul Uzza
3.Abdul Manaf

Keturunan abdul manaf ialah keturunan nabi s.a.w.....semua anaknya mewarisi jawatan-jawatan penting di mekkah.

datuk nenek nabi ialah dari keturunan nabi Ibrahim a.s antara nama datuk nabi ialah:


1.Maad bin Adnan

2.Nizar bin Maad Bin Adnan

3.Mudhar bin Nizar Bin Maad Bin Adnan

4.Ilyas bin mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan

5.Fihr Bin Malik

6.Kaab Bin Luay

7.Murrah bin Kilab

8.Kilab bin Murrah

Inilah datuk nabi s.a.w....

Anak-Anak Andul Muthalib ialah:

1. Al-Harith

2.Az-Zubair

3.Dhirar

4.Muqawwim

5.Abdul Manaf ( Abu Talib )

6.Abdul Uzza (Abu Lahab )

7.Abbas

8.Hamzah r.a

9.Abdullah ( Bapa Nabi Muhammad s.a.w)

dan seorang lagi namanya tidak diketahui.

Anak Perempuan Abdul Muthalib

1.Baidha'

2.Umaimah

3.Atikah

4.Safiyyah r.a.

5.Birrah

6.Urwah

Abdullah adalah anak bongsu yang disayangi Abdul muthalib.kerana itu abdullah hampir disembelih...

Sekian Terima Kasih,

Minggu depan bertajuk

"Perkahwinan Ayahda dan bonda nabi s.a.w"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan